|
Sistem Automasi Pusat Sumber
|
|
|
TESTIMONI NVE Solutions Sdn Bhd sentiasa memantau perkembangan e-Kutub Khanah™. Maklum balas daripada pengguna sentiasa diambilkira dari masa ke semasa. Ini adalah perlu untuk memastikan perisian e-Kutub Khanah™ sentiasa releven dengan perubahan semasa. Inisiatif ini diambil oleh syarikat dengan memohon testimoni daripada beberapa orang Guru Perpustakaan dan Media Sekolah secara rawak. Berikut adalah surat rasmi berkaitan testimoni yang diberikan oleh sekolah-sekolah yang terlibat :
“Kerja-kerja memproses buku dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, cepat dan sistematik. Perkhidmatan yang diberikan oleh pihak syarikat adalah memuaskan (after sales services). Segala masalah dapat diselesaikan dengan baik dan segera”. Pn. Norlida Mohd Mahudin, Guru Perpustakaan dan Media (GPM), SMK Tun Hussein Onn, Pulau Pinang.
“Sistem ini memudahkan pengurusan PSS(Pusat Sumber Sekolah) dari segi stok, urusan pinjaman dan pemulangan buku. Perkhidmatan selepas jualan yang amat memuaskan tanpa sebarang bayaran. Sistem ini mudah untuk dikendalikan. Data mudah untuk dimasukkan. Kesalahan memasukkan data akan dapat dikesan melalui amaran yang diberi”. Pn. Saadiah Shari, Guru Perpustakaan dan Media (GPM), SMK Trolak, Perak.
“Memudahkan key in data. Kad keahlian lebih lengkap serta proses pinjaman dan pemulangan menjadi lebih cepat”. Pn. Siti Sharifah Mohamad, Guru Perpustakaan dan Media (GPM), BM High School, Pulau Pinang.
“Banyak kemudahan dan kebaikannya. Kemudahanya baik untuk guru, pembantu mahupun murid. e-Kutub Khanah™ banyak mengawal kita dari melakukan kesalahan dan kerugian. Ia juga mudah untuk kita melakukan penyemakan penghantaran, peminjaman dan inventorinya sekali. e-Kutub Khanah™ juga dapat banyak meluangkan masa kita pada kerja-kerja lain yang perlu kita habiskan”. Azizah Abd Majid, Guru Perpustakaan dan Media (GPM), SMK Mengkuang, Pulau Pinang.
“Sistem ini amat baik dan memudahkan perjalanan tugas kami dan amat membantu dalam proses pinjaman dan pulangan buku. Ia dapat memaklumkan jumlah buku dan bahan-bahan di PSS dengan cepat”. Aminah Haji Yahaya, Guru Perpustakaan dan Media (GPM), SK Paya Keladi, Pulau Pinang.
“Membantu mempercepatkan pemprosesan data buku-buku dan bahan- bahan lain. Mudah dicapai setiap kali data diminta oleh pihak sekolah atau pihak-pihak lain. Fail-fail lebih kemas dan tersusun dan kurang penggunaan kertas. Servis selepas jualan yang diberikan mesra pelanggan dan amat memuaskan”. Nora Bt Nordin, Guru Perpustakaan dan Media (GPM), SK Seri Sentosa, Pulau Pinang.
“Amat memuaskan dan menepati keperluan pengurusan PSS (Pusat Sumber Sekolah)”. Pn. Hjh Mardiah Bt Wahab, Guru Perpustakaan dan Media (GPM), SK Methodist, Parit Buntar Perak.
|
|
Sila emailkan kepada
ihsanuddin@ekutubkhanah.com tentang
soalan berkaitan dengan laman web ini.
|